fbpx

Premis lombong bitcoin diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG petugas TNB memeriksa peralatan komputer yang digunakan untuk melombong elektrik di sebuah premis di Taman Komersial Saujana, Seremban 2 hari ini.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

SEREMBAN – Lima premis di bandar ini diserbu Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini kerana menjalankan aktiviti melombong mata wang bitcoin dengan membuat sambungan elektrik secara haram.

Dalam operasi bersepadu yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Komersial Saujana, Seremban 2 itu, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu premis yang dipasang dengan jeriji besi dan kamera litar tertutup.

Pengarah Undang-Undang dan Peguatkuasaan MBS, Hamizam Ahmad berkata, setiap premis membuat sambung elektrik secara haram dan menyebabkan TNB mengalami kerugiaan kira-kira RM30,000 hingga RM40,000 sebulan.

Katanya, premis berkenaan masih mempunyai meter yang berfungsi dan hanya mencatatkan bil elektrik kira-kira RM30 sebulan.

“Dalam operasi kali ini pihak TNB memotong sambungan haram ke premis terbabit manakala MBS merampas peralatan unit komputer yang digunakan untuk aktiviti haram berkenaan.

“MBS merampas lebih 300 unit komputer yang setiap satunya dianggarkan bernilai kira-kira RM8,000 hingga RM12,000 seunit,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI