fbpx

Park Han-byul hidup menyamar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARK HAN-BYUL

DISEBABKAN suaminya Yoo In-suk yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yuri Holdings terlibat dalam skandal kelab malam Burning Sun, pelakon Park Han-byul dikatakan terpaksa menjalani kehidupan dalam penyamaran.

Selepas lelaki itu dikaitkan dengan skandal pelacuran, Han-byul dilaporkan telah menjual segala aset di Seoul sebelum berpindah ke Pulau Jeju bersama suami dan anak lelakinya.

Han-byul sangat tertekan, namun emosinya dikatakan sudah stabil sejak berada di pulau peranginan terkenal tersebut sejak Julai lalu.

Laporan mendakwa sudah beberapa kali pelakon itu dilihat menghabiskan masa bermain golf di sebuah kelab golf di pulau tersebut.

Namun, apa yang memeranjatkan, Han-byul didakwa tidak menggunakan nama sendiri ketika mendaftar masuk ke kelab tersebut kerana bimbang identitinya terbongkar.

Dia bahkan memakai topi untuk mengelakkan wajahnya dicam ketika berada di kelab tersebut.

Terdahulu, In-suk menjadi salah seorang suspek yang dikaitkan dengan kontroversi kelab malam Burning Sun milik penyanyi terkenal kumpulan Big Bang, Seungri.

Dia dikatakan memberi rasuah sebanyak 1.2 juta won (RM3,492) kepada seorang polis selepas bermain golf bersama-sama, selain terlibat dengan menguruskan aktiviti pelacuran untuk pelabur luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI