fbpx

[VIDEO] Maritim Malaysia lupus dadah RM29 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laksamana Pertama Maritim Aminuddin (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang ditemui oleh Zon Maritim Kuala Perlis ketika di sidang akhbar di Kualiti Alam, Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

PORT DICKSON – Maritim Malaysia (APMM) melupuskan 378 bungkusan dadah jenis methamphetamine bernilai RM29 juta hari ini.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan APMM, Laksamana Pertama Maritim, Aminuddin Abdul Rashid, dadah seberat 387.47 kilogram (kg) ditemui Zon Maritim Kuala Perlis pada 23 Mei 2018.

Katanya, pelupusan dadah ini adalah hasil penemuan lapan beg berisi dadah yang terapung pada jarak 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis.

“Setiap proses pelupusan dadah dilaksanakan secara terkawal dengan mematuhi prosedur keselamatan kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan serta bahaya kepada alam sekitar.

“Proses pelupusan secara kaedah pembakaran dengan menggunakan inkubator ini diuruskan syarikat tenpatan lantikan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Kualiti Alam di sini hari ini.

Tambahnya, pelupusan melalui kaedah musnah dan bakar adalah selaras dengan peraturan bawah Pekeliling Perbendaharaan (PP) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Am 2.7 dibawah Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pemusnah boleh dilaksanakan setelah mendapat perintah mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI