fbpx

Koperasi terjejas pandemik Covid-19 akan dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi (empat dari kiri) menyempurnakan simbolik perasmian Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Berhad di Putrajaya hari ini.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan menyalurkan bantuan pemulihan kepada koperasi yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 berdasarkan keperluan dan kajian.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau akan meminta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk melaksanakan kajian itu sebelum bantuan tersebut disalurkan.

“Bantuan ini disampaikan secara strategik dan semalam saya ada menerima lima atau enam WhatsApp dari Sarawak serta Perlis bertanyakan bila bantuan akan disampaikan kepada koperasi.

“Saya akan minta SKM buat kajian yang memerlukan bantuan sebagaimana kita laksanakan di Malakat Mall baru-baru ini.

“Insya-Allah kita akan bantu (koperasi) di seluruh negara kalau ada keperluan mengikut kajian oleh pihak SKM,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Program Kenali Koperasi bersempena Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Berhad (Koperasi MEDAC Berhad).

Sebelum ini, SKM menyampaikan bantuan kepada tiga koperasi berjumlah RM3 juta dalam satu majlis di Malakat Mall, Cyberjaya.

Tiga koperasi tersebut menerima bantuan masing-masing RM1 juta ialah Koperasi Sawah Sempadan Tanjung Karang Berhad, Koperasi Jabatan Penjara Malaysia dan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI