fbpx

Jangan ganggu keamanan masyarakat Sabah – Hazani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani merenjis bahagian depan salah sebuah kenderaan MPV baharu jenis Honda Civic yang baru diterima polis Sabah sebagai simbolik penerimaan di Kota Kinabalu. Foto oleh IVAN AMIRUL

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Orang awam di negeri ini diminta tidak menularkan sebarang kenyataan boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, masyarakat perlu mengekalkan keamanan dan keharmonian untuk memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

“Masyarakat di negeri ini diminta supaya bertenang dengan perkembangan terkini membabitkan penularan wabak Covid-19 di Lahad Datu dan keputusan injuksi di Mahkamah Rayuan membabitkan kerajaan negeri.

“Bagi kes Lahad Datu, saya minta orang ramai jangan menularkan perkara yang tidak pasti selain terus mendapatkan maklumat sahih dari pihak berkuasa.

“Selain itu, saya juga mahu menyentuh berkaitan injuksi di Mahkamah Rayuan supaya masyarakat diminta menerima apa saja keputusan yang akan diumumkan nanti,” katanya.

“Pihak polis akan mengambil tindakan keras kepada pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan di negeri ini membabitkan pelbagai isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Peronda Baharu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah hari ini.

Dalam majlis terbabit, PDRM Sabah menerima sebanyak 25 kenderaan MPV baharu jenis Honda Civic 1.8 daripada Bukit Aman.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan PDRM menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Hazani menegaskan pihaknya sudah bersedia sepenuhnya.

Menurut beliau, semua kawasan-kawasan yang terbabit sudah disusun atur bagi memastikan perjalanan PRN berjalan lancar.

Dalam pada itu, Hazani turut mengesahkan seorang pegawai kanan polis di Keningau dikuarantin selepas disyaki positif Covid-19.

“Pegawai terbabit kini dikuarantin manakala segala langkah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan mengarahkan semua individu rapat supaya menjalani pemeriksaan ujian Swab Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI