fbpx

Jalani penggambaran di Xinjiang, filem Mulan diboikot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Mulan berhadapan ancaman boikot daripada peminat. - AFP

HONG KONG – Filem terbaharu terbitan Disney, Mulan berdepan ancaman boikot daripada peminat filem seluruh dunia apabila dikatakan menjalankan penggambaran di wilayah yang didakwa ditindas kerajaan China, Xinjiang hari ini.

Ancaman itu timbul selepas pendedahan terhadap kredit akhir filem tersebut memaparkan ucapan terima kasih kepada lapan agensi kerajaan di wilayah berkenaan.

Felo Kanan Asia Society, Isaac Stone Fish berkata, Mulan yang mula disiarkan di saluran televisyen Disney+ disifatkan sebagai filem terbitan Disney yang paling bermasalah.

“Disney telah mengucapkan terima kasih kepada empat jabatan propaganda dan sebuah biro keselamatan awam di Xinjiang iaitu wilayah di barat laut China yang menghadapi krisis pencabulan hak asasi manusia terburuk di dunia,” katanya.

Sementara itu, seorang penggiat seni China yang bermastautin di Melbourne, Badiucao berkata, dia kini sedang menghasilkan satu siri komik memaparkan watak Mulan sebagai pengawal di salah satu kem tahanan di Xinjiang untuk menyindir filem baharu Disney berkenaan.

“Ia adalah satu masalah besar dan tiada alasan untuk itu kerana sudah jelas terdapat bukti apa yang sedang berlaku di Xinjiang ketika ini.

“Disney berat sebelah kerana mereka menyokong kuat gerakan hak asasi di barat termasuk MeToo dan Black Lives Matter, tapi dalam masa sama menutup sebelah mata mengenai pelanggaran hak asasi di China,” ujarnya.

Kumpulan hak asasi manusia, ahli akademik dan wartawan telah mendedahkan tindakan keras terhadap masyarakat Islam Uighur dan Kazakh di Xinjiang termasuk penempatan dalam kem besar-besaran, penghapusan identiti, buruh paksa serta sekatan pergerakan dan beragama yang ketat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI