fbpx

Gimik keterlaluan, Nabila minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA. - Foto Amir Khalid

KUALA LUMPUR – Pelakon Nabila Huda mendedahkan rakaman ‘detik cemas’ yang dimuat naik dalam Instagramnya baru-baru ini hanyalah video gimik bagi rancangan terbaharu The Masked Singer.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 35, memberitahu, video cemas tersebut dirakam di kediamannya bagi memenuhi tugasan yang diberikan oleh produksi rancangan tersebut.

“Saya bertindak sebagai juri rancangan itu, jadi saya diberikan tugasan untuk muat naik sebuah video sebagai promosi awal. Tak sangka pula ramai yang cemas dan panik.

“Saya memang rasa bersalah sangat selepas itu, sampaikan tidak tahu bagaimana nak respons apabila dihubungi banyak bertanyakan mengenai video itu. Minta maaf, semua sudah kena prank,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar The Masked Singer di The Linc sebentar tadi.

Pelakon filem Munafik turut meluahkan kekesalan dan berasa sangat kasihan dengan semua ahli keluarga dan teman rapat yang panik selepas menonton video yang dimuat naiknya tempoh hari.

“Selepas menonton semula, rasanya saya terlebih emosi ketika merakam video itu. Sepatutnya saya berlakon biasa-biasa saja.

“Tetapi mungkin sebab saya seorang pelakon, mood yang diberikan agak keterlaluan walaupun hanya untuk video promosi,” ujarnya.

Tambah Nabila, anaknya, Keisha Laila Zaidi,11, juga panik selepas menonton video cemas tersebut.

“Ketika Keisha hubungi saya, dia sangat panik dan menangis kerana risaukan keadaan saya.

“Kemudian saya tenangkan dan terangkan kepadanya yang itu hanya video gimik untuk rancangan terbaharu,” katanya lagi.

Terdahulu, anak sulung Amy Search itu pernah memuat naik sebuah video detik cemas pada bulan lalu menerusi Instagramnya yang menggambarkan rumahnya dimasuki perompak.

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian netizen termasuklah rakan-rakan artis seperti Datuk Fizz Fairuz dan Nabil Ahmad.

Nabila merupakan salah seorang panel juri bagi rancangan terbaharu terbitan Astro Warna yang bakal bersiaran bermula 18 September depan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI