KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di Laut Banda, Indonesia kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.
MetMalaysia menerusi Facebooknya berkata, gempa bumi berukuran 6.1 skala richter itu dilaporkan berlaku pada jarak 231 kilometer (km) tenggara Ambon pada kedalaman 186 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.-K! ONLINE