fbpx

Dua parah terlibat kemalangan di Kampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan pemandu yang tersepit dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Gopeng – Ipoh dekat sini awal pagi tadi.

Oleh ZAKI SALLEH

KAMPAR – Seorang pemandu lori serta penumpangnya cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Jalan Gopeng – Ipoh dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, lori tiga tan yang membawa muatan peralatan mesin itu telah bertembung dengan sebuah lori dua tan berisi kotak.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Meor Mohamad Ali Meor Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.01 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi bagi memberi bantuan.

“Lori membawa muatan peralatan mesin itu dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun bersama seorang penumpang wanita 25 tahun yang mengalami kecederaan parah kerana tersepit.

“Pemandu sebuah lagi lori yang juga lelaki pula tidak mengalami kecederaan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pihak bomba kemudian mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas untuk membuka bahagian pintu kenderaan.

Kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pegawai perubatan sebelum dikejarkan ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.49 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI