fbpx

Dua keldai akaun diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURULHUDA

KLANG – Dua keldai akaun yang terlibat dalam penipuan pinjaman peribadi tidak wujud pada tahun lalu akhirnya diberkas dalam dua operasi berasingan di sekitar daerah ini bermula kelmarin.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu dicekup di Jalan Sungai Bertek dan Taman Sentosa di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, mereka dikehendaki selepas menipu seorang promoter wanita mengenai pinjaman peribadi yang diiklankan di sebuah laman sosial pada 23 November tahun lalu.

Katanya, mangsa yang kemudiannya menerima mesej melalui aplikasi WhatApps dari seorang lelaki dikenali Mr. Keh selepas mengisi butiran peribadi di link pinjaman tersebut.

“Mangsa bersetuju membuat pinjaman sebanyak RM100,000 dan diminta membuat bayaran wang proses pinjaman dalam dua akaun bank bagi meluluskan pinjaman peribadi tersebut.

“Bagaimanapun mangsa menyedari diperdaya selepas gagal menerima wang pinjaman yang dijanjikan walaupun telah membuat pembayaran wang proses tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nurulhuda, semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menyemak akaun yang disyaki terlibat dalam penipuan menerusi http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI