fbpx

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pukul 8 pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim menerima cenderamata daripada Pengarah Urusan Kumpulan MMC Corporation Berhad, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh semasa lawatannya di Projek Pembentungan Kuala Langat di sini hari ini.

KAJANG – Bekalan air di Lembah Klang yang terjejas sejak Khamis lalu akibat pencemaran bau di Sungai Gong, Rawang dijangka pulih sepenuhnya menjelang pukul 8 pagi esok.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga petang tadi, sebanyak 96 peratus kawasan yang terjejas telah kembali menerima bekalan air.

Katanya, pihaknya juga telah melengkapkan kertas siasatan berkaitan pencemaran itu dan akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya minggu ini.

“Dijangka bekalan air untuk kawasan yang masih terjejas akan pulih sepenuhnya menjelang pukul 8 pagi esok.

“Kita juga telah mengambil sampel air dan telah dihantar ke makmal untuk diuji dan ia akan menjadi bahan bukti semasa pendakwaan kelak. Kertas siasatan akan kita serahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhar semasa mengadakan lawatan di Projek Pembentungan Langat di Sungai Balak, Kajang hari ini.

Mengulas mengenai projek itu, beliau berkata, ia dilihat sebagai penyelesaian terbaik bagi memperkasakan sektor pembetungan, dengan menyediakan kitaran air yang ideal dan memudahkan integrasi sektor pembetungan dan air.

“Saya juga telah dimaklumkan bahawa penyiapan loji ini telah mencapai 98 peratus dan telah pun memulakan operasi rawatan air kumbahan pada bulan Oktober tahun lepas.

“Setakat hari ini, loji telah memproses sebanyak 230,000 air kumbahan iaitu dari sekitar kawasan Cheras Batu 11, Cheras Jaya dan Desa Sri Baiduri,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI