fbpx

79 insitut memandu dianugerah gred lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEE Ka Siong (dua dari kiri) menyerahkan sijil pengiktirafan gred lima bintang kepada salah seorang pengusaha institut memandu di Kementerian Pengangkutan hari ini.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Sebanyak 79 buah institut memandu (IM) dianugerahkan gred lima bintang oleh Kementerian Pengangkutan, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ia satu peningkatan yang agak besar sekali gus menggambarkan IM sudah menambah baik mutu perkhidmatan dan kemudahan yang bermutu kepada pelanggan.

Beliau berkata, bagi siri pertama penggredan pada April 2016, hanya sembilan IM dianugerahkan gred lima bintang berbanding 79 IM bagi siri kedua kali ini.

“Ia satu prestasi yang amat baik. Saya juga berharap semua IM di seluruh negara akan mendapat sekurang-kurangnya satu bintang bagi siri penggredan seterusnya.

“Ada kelebihan bagi IM yang mendapat gred lima bintang yang mana mereka hanya perlu membuat pembaharuan lesen tiga tahun sekali manakala lesen diperbaharui dua tahun sekali bagi gred empat bintang,” katanya pada Majlis Penganugerahan Penggredan Institut Memandu di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan menetapkan kadar bayaran urus niaga sebanyak RM350 bagi lesen memandu B2 dan RM1,150 bagi lesen memandu D.

“Bagi lesen memandu B2, sebanyak RM308 diberikan kepada IM, RM27 kepada pusat ujian memandu dan RM16 pula adalah bayaran kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Bagi lesen memandu D pula, RM1,007 diberikan kepada IM, RM27 kepada pusat ujian dan RM113 pula bayaran kepada JPJ,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI