fbpx

72 ingkar PKPP, 26 babitkan penjarakan fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 72 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam dengan tangkapan paling tinggi sebanyak 26 membabitkan aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan lain yang dikesan termasuklah gagal menyediakan peralatan serta merekod butiran pelanggan (24) dan tidak memakai pelitup muka (20).

Turut ditahan masing-masing satu tangkapan bagi kes lari dari pusat kuarantin serta premis beroperasi lebih masa.

“Daripada jumlah itu, seramai 70 individu telah dikompaun, satu ditahan reman dan satu dijamin,” katanya dalam kenyataan mengenai Pelaksanaan PKPP Hari ke-91 di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, seramai 25 pendatang asing tanpa izin dan seorang penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng semalam.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI