fbpx

121 dikompaun ketika berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kiri) memeriksa dokumen salah sebuah premis dalam serbuan di Taman Mount Austin, Johor Bahru malam tadi.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Seramai 121 individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam serbuan dijalankan Polis Johor di sebuah premis hiburan di Taman Mount Austin di sini malam tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya turut menahan tiga individu termasuk seorang pekerja premis berkenaan.

Katanya, operasi tersebut dijalankan pada bermula pada pukul 11.15 malam hingga 12.30 tengah malam tadi.

“Hasil semakan ke atas premis mendapati ianya telah beroperasi tanpa lesen dan melanggar SOP Covid-19 yang ditetapkan sewaktu perintah PKPP.

“Turut ditahan seorang pekerja premis berusia 29 tahun, beserta seorang lelaki warga Myanmar berusia 32 tahun dan seorang wanita Vietnam berusia 31 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ayob Khan, pemeriksaan lanjut turut mendapati premis berkenaan menjalankan perniagaan tanpa lesen hiburan sah.

“Polis turut merampas 155 botol minuman keras, tiga unit mesin dart automatik, empat unit pembesar suara, dua mesin asap buatan dan pelbagai barangan lain.

“Ujian air kencing yang dijalankan terhadap kesemua pengunjung premis berkenaan mendapati kesemua negatif,” tambahnya.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI