fbpx

1,156 kawasan pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR SELANGOR

KUALA LUMPUR – Penduduk di 1,156 kawasan yang terjejas selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) ditutup sejak Khamis lalu mampu menarik nafas lega apabila gangguan air pulih sepenuhnya sehingga pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, secara keseluruhan, 89.4 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat telah pulih sepenuhnya.

“Semua 290 kawasan yang terlibat di wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya.

“Sebanyak 8 kawasan bagi kumpulan satu (pengguna sekitar Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur) masih menghadapi masalah bekalan air yang sepatutnya telah pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam kelmarin,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar di sini tadi.

Katanya, 54 kawasan bagi kumpulan dua juga masih belum menerima bekalan air meskipun masalah gangguan di lokasi berikut dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam tadi.

“Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan.

“Pengguna dinasihatkan untuk merujuk aplikasi Air Selangor serta semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI