fbpx

Peruncit di KLIA bakal nikmati diskaun 30 peratus sewaan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menunjukkan tanda bagus ketika melihat produk-produk yang dipamerkan pada majlis perasmian pada majlis perasmian platform e-dagang Shopmy Airports di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Kira-kira 650 peruncit di lapangan terbang kendalian Malaysia Airports akan menikmati tambahan 30 peratus pengurangan kadar sewa daripada kadar sedia ada mulai tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, inisiatif itu diberikan supaya peruncit terlibat dapat terus menawarkan pengalaman runcit yang menarik kepada pengunjung lapangan terbang dalam tempoh pemulihan secara beransur-ansur industri penerbangan.

“Sebelum ini, Pengerusi Malaysia Airports, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir mengumumkan rebat sewaan sebanyak 50 peratus selama enam bulan pada tahun ini berjumlah kira-kira RM22 juta.

“Bantuan berterusan ini diharap dapat membantu meringankan beban peruncit yang kebanyakan adalah Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan operator runcit berskala sederhana untuk terus beroperasi,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian platform e-dagang ‘shopMYairports’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sementara itu, Ka Siong berkata, platform e-dagang runcit pelancongan, shopMYairports diyakini dapat menyumbang sekurang-kurangnya 10 peratus peningkatan kepada jualan runcit di lapangan terbang sekali gus memberi peluang kepada peruncit lapangan terbang untuk mengembangkan pasaran mereka.

Beliau berkata, pengenalan platform dalam talian itu adalah sebahagian daripada rancangan Airport 4.0 di bawah inisiatif transformasi digital pihaknya untuk meningkatkan pengalaman penumpang terutama di bahagian runcit.

“Kita sasarkan dengan adanya platform e-dagang runcit pelancongan pertama di Malaysia iaitu shopMYairports ini, ia akan dapat memacu jualan runcit.

“Sebelum pandemik Covid-19, jumlah keseluruhan jualan runcit yang telah dicatatkan adalah sebanyak RM2.8 bilion,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI