fbpx

Pendapatan petroleum negara tak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjawab soalan pemberita di Wisma Darul Iman semalam.

KUALA TERENGGANU – Pendapatan negara berasaskan produk petroleum dijangka tidak akan terjejas biarpun Petroliam Nasional Berhad (Petronas) merekodkan kerugian RM21 bilion pada suku kedua tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia disebabkan harga semasa minyak mentah global masih pada kadar USD40 (RM165.98) setong seperti yang telah diunjurkan pada Belanjawan 2020.

“Unjuran (harga minyak mentah) tahun ini ialah USD40 setong. Ia masih lagi dalam julat itu dan kita masih boleh mencapai sasaran.

“Harga minyak (mentah) pernah jatuh sampai USD20 (RM82.99) setong, tetapi sekarang ia sudah meningkat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kunjungan hormat Tengku Zafrul bertujuan bagi mendengar pandangan dan cadangan daripada kerajaan negeri berkaitan Belanjawan 2021.

Beliau ditemui selepas mengadakan perbincangan konsultasi Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada November depan bersama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Begitupun, Tengku Zafrul mengakui defisit fiskal kewangan negara dijangka meningkat pada kadar 5.8 hingga 8 peratus berikutan pengumuman prestasi kewangan suku kedua Petronas pada Jumaat lalu.

Beliau menegaskan peningkatan defisit fiskal itu bertujuan memastikan kerajaan dapat terus melakukan perbelanjaan penting bagi membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi ekoran penularan pandemik Covid-19.

“Ia menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan momentum pemulihan diperku­kuhkan bagi melonjakkan kembali ekonomi (negara) ke landasan yang lebih mampan,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tengku Muhammad Taufik berkata, dividen yang bakal dibayar kepada kerajaan pada tahun ini akan disemak semula ekoran prestasi semasa yang kurang memberangsangkan itu.

Sebelum ini, Petronas pada Februari lalu telah mengeluarkan kenyataan bercadang memberikan dividen tahunan sebanyak RM24 bilion kepada kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI