fbpx

Pasar Borong KL dipenuhi pekerja anak tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Golongan anak tempatan daripada masyarakat pelbagai kaum kini menjadi majoriti pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur, jelas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. R Santhara Kumar.

Santhara berkata, sehingga 25 Ogos lalu,  448 pemborong berlesen yang berniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur (DBKL) dengan jumlah pekerja ialah 1930 pekerja pembantu dalam kalangan warga Malaysia.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Segamat itu berkata, masih terdapat 18 pekerja pembantu di pasar borong berkenaan terdiri daripada warga asing yang mempunyai permit kerja yang sah.

“Kementerian juga komited untuk memastikan keadaan sebelum ini tidak berulang dan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan warga negara Malaysia diberikan keutamaan untuk mendapat kerja di pasar borong berkenaan.

“Pelaksanaan operasi membasmi pembabitan warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur sebelum ini adalah satu contoh langkah penguatkuasaan DBKL bersama agensi lain seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Hasil operasi bersepadu dilakukan berjaya menukar wajah tenaga kerja Pasar Borong Kuala Lumpur yang sebelum ini didominasi oleh warga asing,” katanya dalam sesi soal jawab sidang di Dewan Negara hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI