fbpx

‘Nasihat mak, ayah tersemat di hati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN (dua dari kiri) menjerit kegirangan selepas menjaringkan gol debut bersama KVK ketika menewaskan BX Brussel pada perlawanan persahabatan di Kortrijk semalam.

Luqman akui masih perlu berusaha keras di sebalik gol debut bersama KVK

Oleh MOHD. FARIQ

PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak mengambil masa lama untuk membuka akaun bersama kelab baharunya apabila menjaringkan gol debut bersama KV Kortrijk (KVK) ketika menang 2-1 ke atas BX Brussel dalam perlawanan persahabatan semalam.

Luqman sebelum ini telah menjaringkan gol buat kelab ­Belgium itu ketika mewakili skuad bawah 21 tahun ketika tewas 1-4 kepada KRC Gent ­bulan lalu dan dia sekali menepati ­jangkaan pemerhati bola sepak sekali gus menjadi bualan hangat penyokong di negara berkenaan.

Peminat menganggap Luqman, 18, memiliki potensi besar dan mampu membuat kejutan dalam pasukan bimbingan Yves Vanderhaeghe dalam aksi Jupiler League musim ini.

Bagaimanapun, anak jati Kota Bharu itu melihat dari sudut berbeza kejayaannya menjaringkan gol bersama skuad senior KVK.

Jelas Luqman, dia perlu bekerja lebih keras dan memahami dengan pantas tentang permainan bola sepak di Belgium yang lebih kepada fizikal.

Lebih tepat, Luqman sentiasa mengingati nasihat ibunya, Hasmah Che Soh, 56, agar sentiasa merendah diri dan fokus kepada keperluan yang memberikan input positif.

Luqman juga berharap persembahan positifnya akan memberi isyarat kepada pengurus, Vanderhaeghe bahawa dia sedia merebut kesebelasan utama bagi aksi menentang R. Excel Mouscron pada 14 September ini.

Sebagai rekod, KVK meraih tempat keempat Jupiler League selepas meraih tujuh mata sepanjang empat perlawanan.

“Alhamdulillah saya dapat menjaringkan gol tetapi saya tidak boleh cepat lupa diri kerana mak sudah pesan jangan cepat dabik dada dalam apa-apa perkara.

“Saya selalu hubungi mak dan ayah di Malaysia. Nasihat mereka sentiasa tersemat dalam fikiran. Apa yang pasti, saya akan ­sentiasa cuba berikan yang terbaik.

“Saya juga beruntung kerana ada rakan-rakan sepasukan yang bagus. Kini, fokus saya adalah merebut tempat kesebelasan utama. Misi saya adalah bersedia untuk aksi (menentang Excel Mouscron) akan datang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Luqman mengakui kehidupan di bumi Eropah semakin baik selepas diterima keluarga angkat, Arnout Vercruysse yang sering membantu ketika di luar padang.

“Saya juga tidak mahu terlepas peluang mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Belgium yang turut ­
membantu saya.

“Semalam wakil Kedutaan Malaysia di Belgium telah menziarahi saya dan ini membuatkan saya semakin bermotivasi tinggi sebagai pemain bola sepak,” katanya.

VINCENT

Sementara itu, pemilik kelab yang juga ahli perniagaan tersohor di Malaysia, Tan Sri Vincent Tan memberitahu, beliau ber­puas hati dengan sikap positif dan jati diri Luqman.

Menurutnya, pihak pengurusan KVK sentiasa memberi laporan dari semasa ke semasa dan mereka amat berpuas hati de­ngan sikap Luqman yang berusaha keras dan ingin sentiasa belajar benda baharu.

“Ini lah sikap yang saya mahu dan dalam masa singkat juga Luqman cepat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sepasukan.

“Ini tanda positif dan saya mahu Luqman terus melangkah ke hadapan,” kata Vincent yang mahu Luqman bekerja keras untuk memburu tempat kesebelas utama pada perlawanan pertama 14 September ini.

Mohd. Fariq ialah penulis bebas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI