fbpx

Kuala Lumpur bakal jumpa dua lawan sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE (kanan) berjaya meledak dua gol buat KL ketika menewaskan Kelantan United di Kota Bharu minggu lalu. - FB MFL

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) kini melebarkan rekod enam perlawanan tanpa kalah selepas terdahulu mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, Kota Bharu pada Sabtu lalu.

Kemenangan itu meletakkan KL pada landasan tepat untuk layak secara automatik ke saingan Liga Super musim depan apabila ketika ini menduduki tangga kedua Liga Premier dengan 14 mata.

Bagaimanapun, skuad The Hawks itu bakal berdepan tugas lebih sukar apabila dijadualkan menentang pasukan tempat ketiga, Terengganu FC II (TFC II) pada Sabtu ini sebelum bertemu pendahulu Liga Premier, Pulau Pinang minggu depan.

“Kemenangan ke atas Kelantan United sangat memuaskan kami kerana buat kali pertama kami berjaya memastikan gawang tidak dibolosi selepas enam perlawanan liga berlangsung.

“Dua perlawanan selepas ini pastinya sangat getir kerana kami akan berdepan TFC II dan Pulau Pinang. Kedudukan TFC II tidak jauh dengan kami, manakala Pulau Pinang pula masih belum tewas lagi musim ini.

“Secara keseluruhan, saya sangat gembira kerana KL berada pada landasan yang betul dan saya harap semua pemain dapat mengekalkan momentum sekarang untuk baki perlawanan musim ini,” kata ketua jurulatih KL, Nidzham Adzha Yusof.

Sebagai rekod, penyerang import dari Brazil, Paulo Josue muncul wira apabila meledak dua gol pada minit ke-62 dan 92 untuk menghadiahkan tiga mata buat KL ketika menentang Kelantan United minggu lalu.

Ia sekali gus membolehkan KL mencatat kemenangan ketiga liga berturut-turut buat kali pertama sejak 2017 selepas terdahulu menewaskan UKM FC dan Sarawak United dengan kedua-duanya menerusi keputusan 2-1. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI