fbpx

Kosmo!, Utusan buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZWAN (kiri) bersama seorang eksekutif promosi dan pasaran, Izwan Ramlan menunjukkan laporan polis yang dibuat susulan kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama dan logo Kosmo! serta Utusan.

KUALA LUMPUR- Syarikat yang menerbitkan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia iaitu Media Mulia Sdn. Bhd. membuat laporan polis berhubung penggunaan logo palsu di laman sosial Facebook.

Logo Kosmo! Digital dan Utusan Digital telah digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Facebook untuk tujuan mengutip derma sejak Mei lalu.

Eksekutif Promosi dan Publisiti Media Mulia Sdn. Bhd., Muhammad Hazwan Hairul membuat laporan polis di Balai polis Travers, di sini pagi tadi.

“Kedua-dua akaun palsu tersebut (Utusan Online dan Kosmo! Online) dikesan memuat naik satu hantaran derma menggunakan gambar seorang kanak-kanak yang didakwa menghidap penyakit jantung bocor dan tulang tenggorokan.

“Pihak syarikat tidak pernah memuatnaik berita tersebut, dan laporan polis dibuat bagi menjaga nama baik syarikat,” menurut Hazwan.

Logo Facebook rasmi Kosmo! Online dan Utusan Online itu telah digunakan oleh pihak tidak untuk tujuan mengutip derma.

Akaun rasmi Kosmo! Online mempunyai 439,000 pengikut manakala akaun rasmi Utusan Online mempunyai 2 juta pengikut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI