fbpx

Kluster PUI Sivagangga antara empat kluster tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kluster PUI Sivagangga yang dikategarikan sebagai super-spreader dan merekodkan 45 kes sebelum ini diisytihar tamat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster tamat sebanyak 95.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster lain yang turut diisytihar tamat adalah Kluster Muda, Meranti dan Kurau selepas tiada kes baharu selama 28 hari.

“Sejumlah 95 kluster telah tamat pengawasan dan pemantauan 28 hari.

“Hari ini (semalam), Kluster PUI Sivagangga antara empat kluster tamat tempoh pengawasan dan pemantauan kerana tiada kes baharu selepas 28 hari atau dua kali tempoh inkubasi,” katanya menerusi laman Twitter.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, tiga lagi kluster tamat adalah Kurau, Muda dan Meranti yang masing-masing merekodkan lima, tiga dan dua kes sebelum ini.

“Semua kes jangkitan dalam kluster tersebut melibatkan warganegara. Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan di empat kluster terbabit,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI