fbpx

Kenin mudah halang kebangkitan Jabeur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENIN melangkah ke pusingan 16 terbaik Terbuka AS selepas menundukkan Jabeur awal pagi semalam. – AFP

NEW YORK – Pemain pilihan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Sofia Kenin menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan keempat buat kali pertama dalam saingan Grand Slam tersebut.

Pada aksi pusingan ketiga tersebut, pemain tuan rumah itu mudah menewaskan wakil Tunisia, Ons Jabeur menerusi kemenangan straight-set 7-6(7-4), 6-3 awal pagi semalam.

Kenin yang sebelum ini pernah menewaskan Jabeur di Terbuka Australia awal tahun ini tidak membuka ruang kepada lawannya itu sebelum meraih kemenangan pada set kedua.

“Bagi saya aksi pusingan ketiga sedikit mencabar apabila saya hampir tewas pada set pertama. Jabeur merupakan pemain yang benar-benar hebat kerana dia mempunyai pukulan servis yang kuat dan sempurna.

“Secara keseluruhan saya bermain dengan baik terutama di set kedua. Saya gembira dengan kemenangan ini dan saya harap mampu membawa momentum cemerlang seperti ini hingga ke pentas final,” kata Kenin.

Di pusingan 16 terbaik nanti, Kenin yang meraih Grand Slam pertama di Terbuka Australia awal tahun ini akan berdepan tugas berat selepas dijadualkan akan berdepan jaguh Belgium, Elise Mertens.

“Mertens seorang pemain yang berpengalaman dan saya pasti akan berdepan tugas sukar kerana dia juga mempunyai impian besar pada saingan kali ini,” ujar pemain berusia 21 tahun tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN