fbpx

Kemelut air di PPR Gua Musang bakal selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSB sedang membaik pulih masalah paip bocor di PPR Gua Musang, Kelantan.

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Masalah ketiadaan bekalan air yang membelenggu 500 keluarga di Projek Perumahan Rumah (PPR) di Jalan Persiaran Raya di sini sejak sebulan lalu bakal pulih dalam masa terdekat ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin berkata, masalah itu sedang di atasi kebocoran paip sedang diatasi pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) ketika ini.

Katanya, urusan harian penduduk yang tinggal di tingkat dua hingga empat di PPR berkenaan terjejas sepanjang tempoh itu.

“Kita menerima aduan penduduk yang tinggal di aras terbabit langsung tidak mendapat bekalan air sehingga mereka terpaksa mengangkut air dari sungai kampung berhampiran.

“AKSB ada menyalurkan bekalan, namun air tidak mencukupi kerana banyak berlaku paip bocor,” katanya.

Menurut Mohd. Syahbuddin, sebelum ini perbincangan secara serius berkaitan masalah air telah dilakukan beberapa kali dengan pihak AKSB.

Katanya, selain di PPR, masalah air juga sering berlaku di dua buah kampung berhampiran bandar ini.

“Kita mahu AKSB menangani isu ini dengan bijak supaya penduduk tidak tertekan dengan masalah air.

“Terdapat penduduk di kampung terlibat yang mengalami masalah air telah bertindak membuang meter air dari rumah kerana kecewa dengan pihak AKSB,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI