fbpx

Covid-19: 62 kes baharu, 50 di Kluster Benteng LD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini meningkat mendadak kepada 62 kes dengan 50 daripadanya di Kluster Benteng LD menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara sebanyak 9,459 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 62 kes tersebut, 56 kes adalah penularan tempatan melibatkan 30 warganegara dan 26 warga asing.

“Daripada 56 jumlah kes penularan tempatan, 50 kes membabitkan Kluster Benteng LD di Sabah yang mana kluster ini telah dikenal pasti pada 1 September lalu.

“Empat lagi kes penularan tempatan dilaporkan di Kedah dengan dua daripadanya di kluster baharu iaitu Kluster Sungai yang dikenal pasti di sebuah pusat perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Hisham berkata, selain itu, satu kes baharu direkodkan membabitkan kes saringan Kluster Telaga dan satu lagi kes saringan bergejala di sebuah klinik pergigian di Alor Setar.

“Seterusnya, satu lagi kes di Sabah membabitkan jangkitan pernafasan akut teruk yang dikesan di Hospital Lahad Datu,” katanya.

“Kes penularan tempatan turut dikesan di Pulau Pinang membabitkan kes saringan kontak rapat kepada kes positif ke-9,397,” katanya.

Bagi kes import pula, Noor Hisham berkata, sebanyak enam kes dilaporkan melibatkan dua warganegara dan empat warga asing yang mendapat jangkitan dari negara Turki, Bangladesh, Indonesia dan Mesir.

Tambah beliau, terdapat enam kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan serta tiada pertambahan jumlah kematian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI