fbpx

Anggota tentera terjun dari tingkat 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL AZIZ

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Akibat tidak tahan kena buli seorang anggota tentera ditemui meninggal dunia selepas dipercayai bertindak terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di sini pada 29 Ogos lalu.

Mangsa, Abdul Aziz Aznam, 20, menghembus nafas terakhir pada pukul 2.30 petang semalam ketika mendapat rawatan di di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail di sini akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Difahamkan, anggota tentera berpangkat prebet berasal daripada Bandar Baru Putra, Ipoh, Perak itu bertindak membunuh diri selepas tidak tahan menjadi mangsa buli di kem terbabit.

Menurut perkongsian laman sosial Facebook milik Adin Rashid, Abdul Aziz dilaporkan tidak hadir bertugas sejak enam bulan lalu sebelum diarahkan lapor diri ke kem tersebut pada 28 Ogos lalu.

“Sehari selepas itu kira-kira pukul 3 pagi Abdul Aziz dimasukan ke HSNI dalam keadaan koma dan cedera parah akibat jatuh daripada bangunan tingkat tiga kem itu kira-kira pukul 12 tengah malam.

“Hari ini (6 September) kira-kira 2.30 petang kami menerima berita daripada ahli keluarga beliau, arwah pergi meninggalkan kami.

“Kami sahabat beliau dan keluarga harap pihak berkuasa yang berwajib dapat menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya tanpa kompromi dengan mana-mana pihak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superintendan Muhammad Izzudin Rungai berkata, bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mendapatkan punca kematian mangsa.

“Siasatan pihak polis masih diteruskan dari semua aspek untuk mengenal pasti punca mangsa mengambil tindakan sedemikian,”katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI