fbpx

Amirudin mohon maaf pada rakyat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRUDIN bercakap dengan pihak media selepas merasmikan program Dialog Belanjawan negeri Selangor 2021. FOTO MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memohon maaf kepada rakyat Selangor hari ini.

Ini berhubung tindakan isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad yang memuat naik gambar kehadiran sebuah lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) ke kediaman rasmi mereka, kelmarin.

Menurut Amirudin, tindakan yang dilakukan oleh isterinya itu adalah untuk menzahirkan penghargaan terhadap syarikat itu yang menghantar bantuan air ke rumahnya.

“Beliau hanya nak sampaikan rasa gembiranya terhadap bantuan air yang diberikan Air Selangor, setelah seharian menunggu bantuan datang.

“Tapi perkara ini menjadi modal bagi sesetengah pihak untuk menyerang saya, tapi tak apalah saya dan isteri mohon maaf,” katanya pada sidang akhbar selepas program Dialog Belanjawan negeri Selangor 2021 di Pusat Perdagangan Setia City, di sini, hari ini.

Kelmarin, Masdiana memuat naik gambar sebuah lori tangki air Air Selangor yang menghantar bantuan di kediamannya menerusi akaun media sosialnya.

Walau bagaimanapun, gambar tersebut mendapatkan reaksi negatif daripada segelintir netizen, yang beranggapan bahawa keluarga Amirudin mendapat layanan istimewa daripada Air Selangor.

Dalam pada itu, Amirudin berharap mana-mana pihak tidak memanjangkan lagi isu berkenaan dan meminta orang ramai supaya fokus semula terhadap isu pencemaran air yang sedang berlaku di Selangor.

Setakat pagi ini, menurutnya, lebih sejuta pemilik akaun Air Selangor sudah memperoleh bekalan air di kediaman dan premis mereka, meliputi 37 kawasan di seluruh negeri.

Amirudin menyasarkan bekalan air di seluruh Selangor akan pulih sepenuhnya pada Rabu ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI