fbpx

Agong dukacita pencemaran Sungai Gong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan pencemaran Sungai Gong sehingga mengakibatkan 5 juta penduduk di sekitar Lembah Klang merana akibat gangguan bekalan air tidak berjadual. 

Baginda menyifatkan perkara itu sebagai perbuatan yang tidak bertanggungjawab memandangkan ia bukan kali pertama berlaku dan membebankan jutaan rakyat di Kuala Lumpur dan Selangor. 

Al-Sultan bertitah, kemudaratan yang dihadapi susulan perbuatan itu bukan sahaja menganggu kehidupan rakyat seharian, namun kepada sosio-ekonomi rakyat. 

 

Baginda turut melahirkan rasa simpati kepada rakyat yang terpaksa beratur menunggu giliran dan bertungkus-lumus untuk mengambil air setiap kali gangguan bekalan berlaku. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI