fbpx

Van Aert tawan peringkat ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN AERT (tengah) meraih kemenangan kedua pada peringkat ketujuh perlumbaan selepas turut mengungguli peringkat kelima Tour de France sebelum ini. – AFP

PARIS – Pelumba basikal Belgium, Wout Van Aert meraih kemenangan kedua siri jelajah Tour de France selepas mempamerkan kayuhan bertenaga pada peringkat ketujuh awal pagi semalam.

Van Aert yang sebelum ini memenangi pusingan kelima tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Edvald Boasson Hagen dari Norway dan jaguh tuan rumah, Bryan Coquard.

Katanya, kayuhan yang dilakukan sepanjang peringkat ini sangat bagus meskipun terdapat kesukaran pada awal perlumbaan dengan keadaan angin kencang dan tidak menentu.

“Saya tidak sangka apabila berjaya meraih kemenangan buat kali kedua dan saya harap ia dapat meningkatkan lagi keyakinan untuk terus cemerlang pada pusingan berikutnya,” kata pelumba berusia 25 tahun itu.

Sementara itu, pelumba ­Britain, Adam Yates bernasib baik apabila dapat mengekalkan jersi kuning selaku
pendahulu keseluruhan.

Kata Yates, pasukannya menjangkakan peringkat perlumbaan yang mudah kerana pusingan kali ini banyak melalui jalan landai berbanding bukit sebelum aksi terdahulu.

“Kami bekerja keras pada peri­ngkat ini dengan keadaan angin yang tidak banyak memberi ke­lebihan sepanjang perlumbaan. Secara keseluruhan, saya masih berpuas hati apabila masih mengekalkan jersi kuning,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI