fbpx

Tiga wanita dicekup berlumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang wanita yang ditahan berlumba haram di BORR, Butterworth, Seberang Perai awal pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Polis menahan tiga geng rempit wanita selepas didapati terlibat dalam kegiatan lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini awal pagi tadi.

Dalam operasi selama tujuh jam berakhir pukul 6 pagi itu, mereka yang ditahan adalah berusia di antara 21 hingga 32 tahun yang bekerja sebagai operator kilang dan berniaga.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya yang melakukan risikan mendapati ketiga-tiga wanita tersebut menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di lebuh raya itu.

“Mereka disyaki berlumba dari Plaza Tol Bagan Ajam ke arah jejambat Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) sebelum berpatah balik ke plaza tol arah Sungai Dua.

“Hasil ujian saringan air kencing bagaimanapun mendapati kesemua suspek negatif,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI