fbpx

Siti Sarah dihentam kutuk rambut kaum Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Sarah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Sarah berdepan kecaman netizen gara-gara tindakannya yang menghina rambut kaum Orang Asli dalam sebuah video.

Siti Sarah melakukan tindakan itu menerusi satu rakaman video TikTok daripada akaun pemilik salon terkenal Ridzo Kumura yang ditularkan seorang pengguna Twitter semalam.

Dalam video itu, Ridzo me­ngagumi penyanyi itu yang kini semakin maju membangunkan bisnes yang diusahakan sebelumSiti Sarah membalasnya dengan memuji produk serta perkhidmatan di salon lelaki itu.

“Abang pun apa kurangnya. Apa yang penting, kalian perlu cuba syampu ini. Kalau pakai tudung pun tidak berbau tengik.

“Seronok sangat di sini. Kena datang buat rambut walaupun anda pakai tudung. Mesti datang. Nanti kalau buka tudung, aib orang kata. Rambutnya sudah serupa Orang Asli,” ujar Siti Sarah sambil disambut tawa oleh Ridzo.

Netizen yang memberi maklum balas terhadap video itu nyata kecewa dengan Siti Sarah kerana memandang rendah terhadap kaum Orang Asli.

Mereka mendakwa tindakan penyanyi itu keterlaluan dan tidak sensitif kerana mendakwa kaum itu masih mundur sedang­kan wanita Orang Asli kebanyakannya cantik-cantik dan memiliki rambut yang sihat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI