fbpx

Silo simpan minyak sawit terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran pada silo menyimpan minyak sawit di sebuah kilang di Taiping awal pagi tadi. - IHSAN BOMBA

Oleh ZAKI SALLEH

TELUK INTAN – Sebuah silo yang menyimpan minyak sawit mentah terbakar menyebabkan bomba mengambil masa kira-kira lima jam bagi memadamkan kebakaran yang berlaku di Kilang Sawit Sri Ganda Oil Mill di Jalan Changkat Jong dekat sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu melibatkan saluran pada silo berketinggian 30 meter yang sebahagiannya musnah terbakar.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Nor Ahmad Mohd. Sharif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.29 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari balai itu bersama dua jentera dikerah ke tempat kejadian bagi memadam kebakaran.

“Semasa bomba tiba, api telah membakar kira-kira 40 peratus bahagian silo tetapi tiada mangsa yang terlibat.

“Kita menggunakan dua pancutan air setinggi 60 meter yang disalurkan daripada pili bomba untuk memadam kebakaran sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi pemadaman yang tamat pada pukul 2.12 pagi itu turut dibantu pasukan bomba sukarelawan Teluk Intan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI