fbpx

Ramai maut letupan gas dalam masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA – Satu letupan disyaki gas di dalam sebuah masjid di Bangladesh menyebabkan sekurang-kurangnya 16 jemaah terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera parah, menurut polis semalam.

Jemaah berkumpul di dalam masjid di tengah daerah Narayanganj itu untuk menunaikan solat Asar sebelum letupan yang menghasilkan satu bebola api besar berlaku di ruang ibadat, menurut pasukan penyelamat.

Penyiasat mengesyaki satu percikan daripada alat pendingin hawa menyebabkan gas terbakar hingga berlaku satu letupan.

“Gas bocor memasuki ruang dalaman masjid. Apabila mereka menutup tingkap serta pintu dan sebaik menghidupkan alat pendingin hawa, ada percikan elektrik yang menyebabkan letupan berlaku,” kata Ketua Bomba Narayanganj, Abdullah Al Arefin kepada agensi berita AFP.

Seramai 37 jemaah termasuk 16 mangsa korban di bawa ke satu hospital pakar kes kebakaran di Dhaka dan semua didapati berada dalam keadaan kritikal, menurut jurucakap hospital itu, Samanta Lal Sen.

Dia memberitahu, mangsa mengalami 70 hingga 80 peratus badan melecur akibat letupan itu.

Polis pula menyatakan sekurang-kurangnya 45 orang cedera dalam letupan itu dan beberapa individu mendakwa ada tercium gas bocor.

Di Bangladesh, undang-undang keselamatan lazimnya dipandang ringan semasa kerja-kerja pembinaan dan menyebabkan beratus-ratus orang terbunuh akibat kebakaran di negara yang mempunyai populasi hampir 168 juta penduduk. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI