fbpx

KPKB terima modal pusingan koperasi lebih RM1.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Ermieyati (tengah) semasa menyampaikan Mock Cheque Pinjaman Tabung Modal Pusingan kepada Ramilan Abd. Rahman (dua dari kiri) di Kota Bharu semalam.

Oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Koperasi Permodalan Kelantan Berhad ( KPKB) menerima pinjaman tabung modal pusingan lebih RM1.5 juta daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di sini semalam.

Yang Dipertua KPKB, Ramilan Abd. Rahman berkata, sebanyak RM1.5 juta digunakan bagu membiayai modal pusingan aktiviti Ar-Rahn manakala RM50,000 lagu untuk jual beli emas terpakai.

Katanya, pinjaman tabung berkenaan dapat merancakkan lagi aktiviti kredit kepada ahli anggota Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan pajak gadai serta meningkatkan lagi taraf sosia-ekonomi rakyat melalui penyertaan mereka dalam perniagaan Ar-Rahn.

“Sejak KPKB tubuhkan pada tahun 1997, kini ahli yang merupakan anggota PKB seramai 353 orang dan bermatlamat menjadi koperasi terbaik di Kelantan serta Malaysia.

“KPKB kini mempunyai 32 cawangan di seluruh Malaysia secara usahasama dengan KPB dengan pengeluaran pinjaman sebanyak RM600 juta pada tahun 2019 dan menyasarkan tahun ini adalah RM1 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Mock Cheque Pinjaman Tabung Modal Pusiangan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Hadir sama, Pengerusi KPKB, Azly Othman dan Naib Pengerusi Eksekutif Operasi dan Kawal Selia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Abas Abu Bakar.

Mengulas lanjut, menurut Ramilan, KPKB terus berkembang apabila dilantik sebagai pengurusan francais Ar-Rahn melalui Franchise Management (FMC) sehingga mempunyai lima syarikat francaisi dengan 52 cawangan dibawahnya.

“Terbaharu KPKB, melalui anak syarikat Xtra Biz Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Duhaloka Pit untuk membangunkan sistem E-Rahn yang menggunakan konsep Tawarruq”.

“Sietem iru memudahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai badan pemantau untuk mendapatkan statistik pelaporan dengan mudah secara semasa serta pengguna juga dapat membuat capaian melalui aplikasi yang dibangunkan bersama,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI