TATKALA orang lain sedang lena diulit mimpi, seorang pekerja kebun sudah memulakan kerja-kerja pendebungaan dengan memindahkan debunga dari satu pokok buah naga ke pokok buah naga yang lain. Bertemankan bunyi unggas dan suasana malam dingin berkabus, pekerja tersebut yang mesra disapa Kadil mengumpul butir-butir debunga pokok buah naga itu menggunakan berus halus. Berbekalkan lampu suluh kecil yang disematkan di kepala, Kadil dan sembilan lagi pekerja kebun lain melaksanakan tugas itu dengan cekap dan penuh cermat. Meskipun perlu bekerja dalam kegelapan…
BUAH naga atau spesies Hylocereus daripada keluarga kaktus itu mengambil masa kira-kira 30 hari untuk matang sepenuhnya sebelum boleh dipetik. Berbeza dengan bunganya yang mekar pada waktu malam, tumbuhan itu secara semula jadi tahan terik cahaya matahari dan boleh hidup subur dalam iklim panas.
Daftar di sini untuk baca berita penuh.