fbpx

Kerber lepasi pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERBER mengharungi laluan mudah sepanjang tiga pusingan di Terbuka AS kali ini apabila mencatat kemenangan straight-set. – AFP

NEW YORK – Juara tiga kali Grand Slam, Angelique Kerber melebarkan rekod kemenangan straight-set buat kali ketiga berturut-turut, sekaligus menempah slot pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pemain kelahiran Jerman itu dilihat tidak berdepan tenta­ngan hebat apabila mudah mengatasi pemain muda dari AS, Ann Lii dengan kemenangan straight-set 6-3, 6-4 di pusingan ketiga.

Membuat penampilan kali ke-14 berturut-turut di Terbuka AS, Kerber ketika ini belum berdepan cabaran getir selepas mencatat kemenangan straight-set ke atas Ajla Tomljanovic dan Anna-Lena Friedsam di pusi­ngan pertama dan kedua.

Kejayaan itu adalah yang terbaik buat bekas pemain yang pernah menghuni ranking pertama dunia tersebut selepas kali terakhir dia melangkah ke pusingan keempat adalah ketika muncul juara pada tahun 2016.

“Saya gembira kerana berjaya melangkah ke pusingan keempat dan saya akan kekalkan de­ngan corak permainan yang sama nanti.

“Saya akui setiap pusingan pasti ada cabaran dan akan me­lakukan persiapan rapi,” kata pemain berusia 33 tahun tersebut.

Kerber sebelum ini tidak menyertai sebarang kejohanan selama tujuh bulan selepas me­ngalami kecederaan kaki. Pada pusingan keempat nanti, Kerber akan berdepan pemain AS, Jennifer Brady. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN