fbpx

Kanak-kanak 12 tahun nyaris lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menarik Zul Rosaidi yang terperangkap bawah jambatan Sungai Kuala Masai, Seri Alam di sini hari ini. Foto IHSAN BOMBA

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Berpantang maut sebelum ajal.

Demikian nasib seorang kanak-kanak lelaki, Zul Rosaidi Abdullah berusia 12 tahun yang hampir dihanyutkan arus deras di Sungai Kuala Masai, Jalan Suria 64, Seri Alam, di sini hari ini.

Dalam kejadian 3.40 petang itu, mangsa berada di bawah jambatan sedang menjala ikan manakala rakannya berada di tepi tebing jambatan tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Datuk Yahaya Madis berkata, air sungai naik secara mendadak dan arus berubah menjadi deras menyebabkan kanak-kanak itu dihanyutkan arus deras.

Menurutnya, Zul Rosaidi sempat berpaut pada tembok jambatan tersebut bertarung nyawa cuba menyelamatkan diri sebelum rakannya bertindak pantas menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

“Setiba di tempat kejadian, komander operasi, PBK II KUP Aziddy Jaafar mengesahkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki telah hanyut dan berpaut di bawah jambatan.

“Mangsa yang berpaut pada tembok jambatan selama kira-kira 15 minit itu berjaya diselamatkan dengan menggunakan jaket keselamatan yang diikat tali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, pasukan bomba mengambil masa selama tujuh minit untuk menyelamatkan mangsa daripada bawah jambatan berkenaan sebelum menyerahkannya kepada keluarga dalam keadaan selamat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI