fbpx

Jenazah cikgu Nur Anisah selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami Nur Anisah, Muhammad Faisal Mohd Noor, 32 (kiri), di sisi kuburnya di Tanah Perkuburan Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Jenazah guru yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Miri, Sarawak pada Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam di sini awal pagi tadi.

Suasana sugul menyelubungi tanah perkuburan ketika kira-kira 100 ahli keluarga dan sahabat Nur Anisah Othman, 29, menghadiri pengebumian kira-kira pukul 2 pagi itu.

Nur Anisah maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bersama tiga rakannya terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Long San kira-kira 220 kilometer dari Miri.

Kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke sekolah selepas tamat tempoh kuarantin di sebuah hotel. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI