fbpx

Hero MBJB terima penghargaan daripada MB Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shazrin menerima sijil penghargaan daripada Hasni (kanan) dalam satu majlis di MBJB, Johor Bahru hari ini.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU- Pembantu Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru, Shazrin Hafeez Fadzlan, 26, menerima sijil penghargaan atas tindakannya menahan seorang peragut dalam satu kejadian, Selasa lalu.

Lebih manis, sijil penghargaan itu diserahkan sendiri Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad semasa lawatan kerjanya ke MBJB, hari ini.

Selain sijil, Shazrin Hafeez turut menerima wang tunai berjumlah RM1,000 dan tawaran jawatan tetap sebagai Pembantu Kesihatan Awam di MBJB.

Shazrin Hafeez diangkat sebagai hero MBJB oleh masyarakat apabila videonya bergelut dengan seorang peragut di Taman Mount Austin, Selasa lalu tular di media sosial.

Terlebih dahulu masyarakat berbilang kaum turut menyatakan penghargaan atas tindakan pantasnya itu dengan menyerbu gerai burger yang diusahakan di Taman Johor Jaya di sini.

Rakaman televisyen litar tertutul (CCTV) menunjukkan penjenayah terbabit yang menaiki sebuah motosikal meragut beg tangan seorang wanita berusia 30 tahun ketika mangsa sedang melintas jalan.

Mangsa yang terkejut dan ketakutan menjerit meminta tolong sebelum disedari seorang penguatkuasa yang sedang bertugas berlari memberkas suspek dan dibantu orang awam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI