fbpx

Havertz kini sudah menjadi milik Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAVERTZ (kanan) menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Chelsea selepas urusan perpindahannya selesai. – AFP

LONDON – Chelsea melengkapkan perpindahan keenam pada jendela perpindahan kali ini selepas mengesahkan kemasukan bintang Bayer Leverkusen, Kai Havertz.

Pengurus The Blues, Frank Lampard dilihat serius untuk memberikan cabaran pada sai­ngan musim baharu apabila turut mendapatkan Hakim Ziyech, Timo Werner, Ben Chilwell, Malang Sarr dan Thiago Silva.

Difahamkan Chelsea hanya membayar £71 juta (RM391.5 juta) termasuk beberapa syarat tambahan meskipun Leverkusen sebelum ini berkeras mahukan £90 juta (RM496.3 juta).

Sebaik memeterai perjanjian selama lima tahun, Havertz menyuarakan kegembiraannya untuk menyarung jersi The Blues, sekali gus bakal bergandingan dengan rakan senegara, Werner dan Antonio Rudiger.

“Saya sangat gembira dan bangga untuk berada di sini. Saya anggap ini sebagai mimpi jadi kenyataan kerana impian saya untuk bermain bersama pasukan besar seperti Chelsea,” kata Havertz.

Sementara itu, pengarah pa­sukan yang juga watak penting dalam setiap urusan perpindahan, Marina Granovskaia percaya pemain antarabangsa Jerman itu mampu memberi nilai tambah kepada Chelsea.

“Havertz sudah buktikan kemampuan dalam salah satu liga terbaik di Eropah selain beraksi untuk pasukan Jerman. Dia pemain yang cukup berbakat dan mampu menambah kualiti kepada pasukan ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI