fbpx

Barangan keperluan cukup sepanjang PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh RIDZAUDDIN ROSLAN

KUALA LUMPUR- Orang ramai tidak perlu bimbang terhadap bekalan barangan keperluan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ekoran ia kekal mencukupi.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi selain mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan dan mudah diperoleh.

“Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 654 premis perniagaan termasuk 487 (peruncit) dan 139 (pengilang).

“Selain itu, penguatkuasa KPDNHEP turut membuat 872 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP dan mendapati semua premis diperiksa mematuhi arahan ditetapkan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya kekal mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan fizikal ketika aktiviti jual beli barangan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI