fbpx

811 daripada 1,292 kawasan telah pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan bekalan air semasa krisis bekalan air di Lembah Klang.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 811 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air telah pulih sepenuhnya sehingga pukul 6.30 petang tadi manakala 481 kawasan lagi masih dalam proses pemulihan.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, secara keseluruhan, 62.7 peratus daripada 1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah pulih sepenuhnya.

“Peratusan pemulihan mengikut wilayah pula seperti berikut Petaling 66.1 peratus; Klang/Shah Alam (24.2); Gombak (66.4); Kuala Lumpur (41.3); Hulu Selangor (94.1); Kuala Langat (50) dan Kuala Selangor (99.2).

“Air Selangor ingin menafikan mesej viral melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial mengenai bekalan air akan ditutup semula dan catuan akan dilakukan serta isu kualiti air yang tidak selamat di premis, yang perlu dibiarkan selama sehari sebelum boleh digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Elina, para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan.

“Air Selangor juga memberi jaminan bahawa kualiti bekalan air yang diagihkan kepada pengguna adalah selamat dan menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Pengguna dinasihatkan untuk merujuk aplikasi Air Selangor serta semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI