fbpx

20,000 maklum balas PTPN diterima sejak Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halimah (kiri) dan Ahmad (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Kementerian Perpaduan Negara dan UMK di Kota Bharu hari ini.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Kementerian Perpaduan Negara sudah menerima hampir 20,000 maklum balas seluruh negara berhubung Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang bermula Ogos lalu.

PTPN bertujuan mengumpulkan input tentang kefahaman rakyat mengenai cita-cita Rukun Negara dengan jumlah tersebut diperoleh secara harian menerusi sesi maklum balas rakyat di semua negeri, daerah dan sehingga ke akar umbi.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pihak kementerian juga akan turun bertemu dengan ketua-ketua blok, peneroka Felda, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka untuk PTPN ini.

Beliau berkata, bagi mengembangkan informasi mengenai PTPN, pihaknya akan bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (UMK) untuk meningkatkan kefahaman perpaduan baru kepada rakyat melalui pelbagai kaedah penyampaian.

“Program ini juga memberi peluang, mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pelbagai latar belakang dan agama berkaitan PTPN melalui teras-teras yang strategik.

“Sebelum ini, kita telah menandatangani perjanjian Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Kebangsaan Malysia (UKM) ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Seisi Maklum Balas Rakyat Berhubung PTPN 2021-2025 Peringkat Negeri Kelantan Dan Majlis Menandatangani MoU antara Kementerian Perpaduan Negara dan UMK di sini hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Pada majlis itu Ahmad Yakob menyerahkan Dokumen Mou kepada Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr. Noor Azizi Ismail.

Tambah Halimah, selain UMK, kerjasama dengan UKM juga bagi melaksanakan kajian berilmiah yang dapat membantu kementerian merangka dasar perpaduan negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI