fbpx

Sajikan 380 perlawanan EPL komprehensif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMITH (dua dari kanan) menjelaskan Astro akan menyajikan kesemua 380 perlawanan EPL bagi saingan musim 2020/2021 yang akan membuka tirai 12 September depan.

ASTRO menjanjikan liputan Liga Perdana Inggeris (EPL) paling komprehensif dengan pengalaman tontonan terbaik dalam format definisi tinggi (HD), 4K UHD dan penstriman di Astro Go untuk kesemua 380 perlawanan bagi saingan musim 2020/2021 yang akan membuka tirai 12 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif TV dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, peminat sukan tegar bola sepak tanah air pasti teruja dengan apa yang bakal Astro sajikan.

“Astro amat bangga untuk menyajikan peminat sukan Malaysia dengan acara sukan terbesar di dunia dan tiada liga yang lebih besar dan menarik setan­ding EPL.

“Selain memberikan liputan yang paling komprehensif, Astro membawa tontonan bola sepak ke tahap lebih tinggi dengan ­Ultra Box dan Jalur Lebar yang menawarkan siaran perlawanan secara langsung dalam 4K UHD yang tiada tandingannya.

“Malah, pelanggan kami tidak lagi ketinggalan untuk menonton siaran langsung dengan aplikasi Astro GO dan strim program Liga Perdana secara eksklusif secara on demand pada bila-bila masa, di mana sahaja mereka berada,” katanya pada Majlis Perasmian Musim Baharu EPL Kembali anjuran Astro di Petaling Jaya kelmarin.

Pada majlis itu, Astro menjemput legenda Manchester United, Gary Neville untuk ditemu ramah menerusi sidang video secara langsung.

Neville yang ditemu ramah itu memberitahu, beliau percaya bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi akan memberikan impak besar dalam kemeriahan dan kualiti saingan EPL musim depan.

Kata Neville, jika benar Messi membuat keputusan untuk menyertai kancah EPL, dia akan menjadi pemain paling berkua­liti dan ternama yang dibeli oleh ­mana-mana pasukan dalam sejarah termasuk Cristiano Ronaldo.

“Ketika Ronaldo datang ke United, dia bukanlah nama yang besar tetapi dia mencipta ka­riernya di United sehingga menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia.

“Lain pula dengan Messi yang sememangnya diiktiraf sebagai pemain terbaik sepanjang zaman, andai dia datang ke EPL, ia akan menjadi satu sejarah dan saingan musim depan di England akan lebih meletup.

“Malah, peminat pasti teruja untuk menyaksikan bagaimana Messi menyesuaikan diri dengan saingan liga yang lebih fizikal dan kompetitif berbanding La Liga dan ia cukup menarik untuk disaksikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI