fbpx

Polis cari pemilik kenderaan CED 55, WTD 6339

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah SUV Volvo memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta Myvi di Jalan Klang Lama semalam.

KUALA LUMPUR- Polis sedang mengesan pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Volvo XC 60 dan Perodua Myvi yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Klang Lama semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang, SUV Volvo yang dipandu seorang lelaki itu dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, tiada laporan dibuat oleh kedua-dua pemilik kenderaan tersebut setakat ini dan pihak polis sedang mengesan pemiliknya.

Katanya, hasil siasatan mendapati kereta Volvo dengan nombor pendaftaran CED 55 itu milik sebuah syarikat menjual hasil lautan di Pahang manakala kereta Myvi pula, didaftarkan atas nama seorang wanita yang beralamat di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama.

“Kita minta kedua-dua pemilik tampil membuat laporan untuk siasatan lanjut dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 1 minit 15 saat di Facebook yang menunjukkan kereta Volvo memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta Myvi berwarna hitam.

Berdasarkan klip video itu, orang ramai yang berada di lokasi kejadian mendakwa lelaki tersebut dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan melanggar kereta di hadapannya.

Sehingga kini, klip video tersebut sudah dikongsi 996 pengguna media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI