fbpx

PGA serbu kilang proses arak haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian arak dipercayai tiruan yang dirampas pihak berkuasa dalam serbuan dijalankan Batalion 5 PGA.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Sebuah kilang memproses arak tiruan bernilai RM1 juta diserbu sepasukan anggota unit risikan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Taman Wawasan, Kluang, hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya turut menahan seorang pekerja lelaki berusia 39 tahun dalam operasi tersebut.

Katanya, operasi tersebut dijalankan pada pukul 1.50 petang.

“Ketika serbuan dibuat, pihak berkuasa menemui sejumlah 321 kotak mengandungi arak yang telah siap dibungkus dan sedia untuk diedarkan.

“Siasatan awal mendapati kilang memproses arak tiruan itu telah beroperasi sejak lebih empat bulan lalu sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya percaya arak tiruan berkenaan diedarkan ke seluruh Johor dan Melaka, khususnya kepada warga asing.

“Kes ini akan disiasat dibawah Akta Kastam kerana tidak membayar cukai manakala bahan rampasan akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Kami juga menasihati orang ramai agar tidak membeli arak tiruan yang dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan dan membawa maut,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI