fbpx

Nafi banduan meninggal dunia di penjara Pengkalan Chepa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kes seorang banduan lelaki yang didakwa meninggal dunia di penjara Pengkalan Chepa di sini sewaktu dalam tahanan awal bulan ini seperti yang ditularkan dalam laman sosial adalah tidak benar.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, sebaliknya banduan berusia 40 tahun itu dilaporkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab pada 1 September.

“Banduan itu sebenarnya disahkan oleh doktor meninggal dunia di hospital tersebut akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

“Akibat keadaannya yang semakin sakit, pihak kami menghantarnya ke hospital bagi rawatan lanjut di hospital pada 25 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan banduan itu ditahan di Penjara Pengkalan Chepa, di sini atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 pada 8 Julai lepas.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.

Tambahnya, pihaknya juga sedang mengkaji dan tidak teragak- agak mengambil tindakan tehadap penyebar maklumat itu kerana ia menjejaskan kredibiliti Jabatan Penjara.

Sebelum ini, kes banduan mati di penjara dikeluarkan dalam satu kenyataan yang ditularkan di laman Facebook apabila adik ipar mangsa meminta perhatian rakyat di negara ini bagi mendapatkan keadilan bagi kematian arwah abang iparnya.

Adik ipar mangsa memberitahu mangsa berada dalam keadaan sihat sebelum dimasukkan ke dalam penjara selain tidak pernah mempunyai masalah kesihatan kritikal.

Bagaimanapun, pihak keluarga terkejut dengan kecederaan yang dialami mangsa selepas berada di dalam tahanan dan menurut dakwaan adik mangsa, mangsa didapati cedera pada bahagian paru-paru, dada dan perut.

Pihak penjara juga tidak memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai keadaan mangsa yang kritikal ketika itu dan terpaksa dibawa ke hospital.

Keluarga mangsa turut berasa ragu-ragu dan bimbang seandainya mangsa dipukul di dalam tahanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI