fbpx

Fati muncul selepas 84 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATI menjadi pemain kedua termuda beraksi untuk Sepanyol dalam tempoh 84 tahun selepas Zubieta melakukan pada 1936. – AFP

STUTTGART – Penyerang Barcelona, Ansu Fati muncul pemain kedua termuda membuat debut bersama Sepanyol sejak 1936 apabila beraksi menentang Jerman pada aksi Liga Negara-Negara Eropah awal pagi semalam.

Bintang berusia 17 tahun 308 hari itu mengharungi kempen cemerlang bersama Barcelona tetapi ia dikaburi dengan prestasi buruk dan kegagalan The Catalan merangkul sebarang trofi pada saingan musim lalu.

Fati mula menyarung jersi Barcelona ketika usia 16 tahun 298 hari sewaktu menentang Real Betis pada 25 Ogos 2019 dan dia juga sudah berjaya menjaringkan lapan gol dalam semua kejohanan sejak daripada itu.

Kecemerlangan itu mem­boleh­kannya dipanggil oleh ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique untuk aksi menentang Jerman di Arena Mercedes-Benz awal pagi semalam dan Switzerland di ­Madrid pada Isnin ini.

Fati mencipta sejarah baharu apabila masuk menggantikan Jesus Navas pada separuh masa kedua bagi mempertajamkan jentera serangan Sepanyol yang akhirnya berjaya meraih keputusan seri 1-1 dengan Jerman.

Kecemerlangan itu turut mendapat pujian kapten Sepanyol dan Real Madrid, Sergio Ramos apabila menyifatkan Fati sebagai salah seorang pemain yang me­nunjukkan keinginan tinggi dalam aksi tersebut.

“Kami mempunyai ramai pemain yang percaya dengan kemampuan dimiliki pasukan dan mereka ada kemahuan untuk menang. Ia terbukti apabila kami berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan sudah hampir tamat,” kata Ramos.

Sebagai rekod, Fati adalah pemain kedua termuda dalam sejarah bola sepak Sepanyol di peringkat antarabangsa selepas Angel Zubieta pada April 1936 yang ketika itu berumur 17 tahun 284 hari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN