fbpx

Enam kes baharu, satu di Kluster Telaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Sebanyak enam kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk satu kes penularan tempatan membabitkan Kluster Telaga.

Angka kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 9,391 dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah 150.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu di Kluster Telaga iaitu kes ke-9,391 merupakan kontak rapat kepada kes indeks di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

“Mangsa didapati positif Covid-19 semasa saringan yang dijalankan pada 3 September lalu.

“Setakat ini, seramai 3,458 telah disaring dengan sembilan positif, 2,744 didapati negatif manakala 705 masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, empat kes import dilaporkan di Kuala Lumpur membabitkan dua warganegara yang pulang dari Angola dan Pakistan selain dua warga asing yang tiba dari India serta Bangladesh.

“Terdapat lima kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana tiga kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI