fbpx

Empat terselamat akademi jahitan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik penyimpanan fail pentadbiran yang terbakar di sebuah akademi jahitan di Kemaman semalam.

Oleh NUR NIK IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Panggilan telefon seorang pelatih yang memaklumkan asrama akademi jahitan mereka sedang terbakar menyelamatkan nyawa empat rakannya semalam.

Sewaktu kebakaran pada pukul 9.30 malam itu, pelatih perempuan terbabit yang dalam perjalanan pulang ke asrama terlihat kepulan asap tebal di bangunan berkenaan sebelum memaklumkannya kepada pemilik akademi jahitan tersebut.

Pemilik akademi jahitan itu, Norihan Ngah, 46, berkata, sebaik dimaklumkan kebakaran tersebut, beliau segera menghubungi warden untuk mengarahkan pelatih yang masih berada di dalam asrama menyelamatkan diri.

“Sewaktu kejadian, saya dimaklumkan empat pelatih berada di dalam asrama.

“Saya kemudiannya menghubungi pihak bomba untuk meminta bantuan memadamkan kebakaran,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Norihan berkata, beliau bersyukur semua pelatihnya berjaya menyelamatkan diri selain kebakaran itu berjaya dikawal daripada memusnahkan keseluruhan bangunan.

Katanya, kebakaran tersebut hanya memusnahkan sebuah bilik penyimpanan fail pentadbiran di bangunan akademi setinggi dua tingkat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI